TAIP KATA KUNCI CARIAN ANDA DI SINI:

Thursday, November 8, 2012

Tips Melawat Cameron Highlands: Bunga Gardenia

Jika anda sering makan roti Gardenia, mungkin anda akan sudah biasa dengan namanya Gardenia tetapi jika dikatakan bunga Gardenia, mungkin ramai yang tidak menyangka namanya adalah bersempena nama bunga. 

Bunga Gardenia ataupun nama tempatan dikenali dengan nama Bunga Cina. Bagi nama saintifiknya dikenali sebagai Gardenia jasminoides Ellies Syn, Gardenia augusta Merr, Gardenia grandiflora Lour dan pelbagai lagi jenisnya, 

Jika anda ke Indonesia, ianya dikenali dengan nama bunga kaca piring dan merupakan bunga bagi rasmi bagi Pulau Bali.

Gardenia berasal dari wilayah Asia dari famili Rubiaceae. Bagi spesis Gardenia jasminodes, ianya dikatakan mirip seperti bunga jasmin ataupun dipanggil melati dalam bahasa tempatan. 

Manakala bagi Gardenia augusta merr pula mempunyai kelopak yang amat besar sehingga mencapai 7 inci dan sering menjadi hiasan perkahwinan.

Pokok gardenia yang saya temui di sini terdapat dua jenis dari pemerhatian saya iaitu jenis berdaun sedikit besar dan dari jenis daun kecil yang sesuai dibentuk pokok bonsai. 

Harganya pula agak murah bagi yang berdaun besar dan mahal bagi yang berdaun kecil. 


Tidak memerlukan cahaya yang terang tetapi sekadar berada d bawah naungan yang sedikit, pokok gardenia ini sesuai ditanam sebagai hiasan taman dan adakalanya saya melihat ianya ditanam di sepanjang pagar. 

Bunga Gardenia dari pemerhatian saya juga terbentuk dari hujung pucuknya yang membentuk kelopak bunga berbanding dengan pokok camellia ataupun magnolia yang mana bunganya terbentuk dari buah. 

Bunganya berwarna putih tetapi bertukar sedikit kuning di penghujung kembangnya. 


Baunya harum dan sedikit segar ketika ianya berkembang dan setiap pokok mampu mengeluarkan bunga berterusan sepanjang tahun menjadikanya sesuai ditanam di dalam pasu dan diletakan di sudut rumah ataupun dapur untuk mendapatkan haruman semulajadi. 


Dari segi ubatan tradisional dari apa yang saya baca, gardenia mampu merawat penyakit diabetis, deman dan sukar membuang air besar. 

Saya sedang mencuba menjaga bunga gardenia yang baru saya beli dari Tan's Camellia Garden dengan harga RM 10 sepasu kecil. 

No comments:

KOLEKSI CATATAN:

My Photo Collection @ Shutterstock