TAIP KATA KUNCI CARIAN ANDA DI SINI:

Monday, November 12, 2012

Tips Melawat Cameron Highlands: Bird of Paradise

Bird of paradise merupakan bunga yang seterusnya yang ingin saya kongsikan dalam catatan kali ini. Bunga ini nampaknya amat biasa menjadi pilihan kepada pengemar lanskap tanaman samada di rumah ataupun di pejabat.


Bird of Paradise tidak ketinggalan mendapat sambutan di Cameron Highlands khasnya di hotel-hotel di mana tanaman ini menjadi hiasan sudut lanskap bangunan mereka. Malah bunga ini sebenarnya juga amat sesuai untuk menjadi tanaman pemisah ruang halaman ataupun sempadan.

 

Sedikit maklumat botani mengenai tanaman ini. Paradisaeidae adalah famili bagi bunga ini melalui order Passeriformes. Berasal dari New Guinea dan mempunyai keserasian untuk hidup di hutan hujan. 

Terdapat banyak genus mengenai bunga ini namun di Malaysia dan di Cameron Highlands, saya mendapati hanya dari genus ini yang mendapat sambutan untuk ditanam dan bila ianya berbunga, sungguh cantik dan mudah dilihat kerana bersaiz besar dan berwarna yang terang.


Daunnya agak lebar dan besar dengan warna hijau yang teran dan tidak berbatang tetapi dari jenis akar berubi, maka untuk membiakkannya amat mudah dengan cara memisahkan perdunya dan ditanam di pasu yang lain sebagai anak pokok baru.

Bird of paradise mendapat namanya kerana bunganya seperti paruh burung bird of paradise dan menjadikannya seolah-olah jelmaan burung ini dalam bentuk tanaman. 



Daunnya yang lebar dan besar rapat menjadikan ianya sesuai ditanam didalam pasu, di dalam barisan dan di tepian pagar. 


Di Cameron Highlands, anda boleh membeli anak pokok bird of paradise sekitar RM 8-10 sepokok di Stesen MARDI dan mungkin juga di mana-mana pusat jualan nurseri.

No comments:

KOLEKSI CATATAN:

My Photo Collection @ Shutterstock