TAIP KATA KUNCI CARIAN ANDA DI SINI:

Monday, October 29, 2012

Tips Melawat Cameron Highlands: Buah Pisang Kaki


Pisang Kaki jika dibaca dan disebut mungkin akan dibayangkan sejenis pisang yang bertandan sepertimana yang biasa dilihat dan dimakan seperti pisang emas, montel, awak dan sebagainya.


Namun jika anda ke Cameron Highlands dan dipelawa membeli pisang kaki, jangan terperanjat jika ianya berlawanan dengan apa yang anda bayangkan tadi. 

Berbentuk bulat buahnya dengan warna kuning ataupun oren. 

Pokoknya pula adalah seperti pokok buah-buahan yang biasa tanpa perdu, jantung dan berdaun lebar. Jadi apakah sebenarnya pisang kaki ini?

Dari laman wikipedia,pisang kaki dikenali juga sebagai kesmak atau kesemak yakni sejenis spesis tumbuhan dalam genus Diospyros dalam famili kayu hitam atau Ebenaceae. 

Perkataan Diospros dalam bahasa Yunani Kuno bererti buah dewa dan saya pernah terbaca mengatakan ianya dianggap sebagai buah tuhan oleh sebilangan manusia. Entahlah ...   

Seperti yang saya katakan tadi jika anda ditawarkan buah pisang kaki dan melihat ianya berwarna oren kemerahan berdiameter 1.5-9 cm, ianya memang buah pisang kaki. 

Tips mudah untuk anda yang ingin membeli buah pisang kaki, buahnya yang masak dan sedap dimakan adalah berwarna oren sepenuhnya. 

Jika anda membeli bewarna  kuning gambar yang saya rakamkan ini, pastinya berasa amat kelat. 

Buah yang masak berasa manis dengan terdapat 3 atau empat pangsa di dalamnya. Lebih sedap kalau anda meletakkan di dalam peti sejuk seperti buah ciku sebelum dimakan.  

Buahnya kaya dengan kandungan glukosa, dengan profil protein yang seimbang serta memiliki pelbagai kegunaan perubatan dan kimia. 

Buah pisang kaki tidak dianggap sebagai beri biasa namun sebenarnya ianya merupakan jenis beri sebenar. 

Di Cameron Highlands, dijual sekitar RM0.80 hingga 1.00 sebiji dan jika anda ke pasaraya di bawah sana, mudah untuk membeli buah pisang kaki yang telah diimport dan sedap dimakan walaupun berwarna kuning. 

Cuma pada dua tahun yang lalu, limpahan pisang kaki di sebuah pasaraya yang diimport dari Singapore sebenarnya adalah dari Israel asal usul pengeluarannya sebelum transit di Singapore. 

Selamat berpisang kaki... 

2 comments:

Unknown said...

Artikel berkenaan tumbuhan dan alam sekitar, amat saya gemari. Usaha saudara menulis ke arah dua perkara adalah sesuatu yang dialu-alukan. Tahniah!

Mrkumai @ Jack said...

terima kasih atas sokongan. Saya sebenarnay sekadar berkongsi mengenai persekitaran yang saya temui dan genre tersebut memang meluas bahannya di sini.. terima kasih sudi kerana singgah ..

KOLEKSI CATATAN:

My Photo Collection @ Shutterstock