TAIP KATA KUNCI CARIAN ANDA DI SINI:

Monday, October 8, 2012

Dari blogger : Jotting of X Nuri Pilot

Untuk katergori terbaru ini, saya ingin berkongsikan laman blogger yang selalu saya ikuti dan baca jika ada kelapangan. Ada beberpa buah laman blog yang saya ikuti secara serius saban hari atau setiap kali posting baru. 

Foto SayaAntaranya laman blog yang dimiliki oleh Mejar (B) Nor Ibrahim bin Sulaiaman yang kini menetap di Jitra Kedah. Tuan Mejar ini merupakan seorang bekas Pilot Helikopter Nuri yang telah banyak berjasa kepada kita baik samada disedari ataupun tidak disedari.

Klik sini Jotting of X Nuri Pilot untuk melihat khazanah blog ini yang sangat bernilai.

Di sebalik burung besi yang gagah membelah awan ini, ada kisah yang tidak pernah didendangkan apatah lagi dilaungkan berkali-kali iaitu kru-kru yang terlibat. 

Tuan Mejar bercerita dari atas pengalaman beliau, harapan beliau dan tanggungjawab yang tidak pernah lari dari melihat semua yang telah berjasa diberikan penghormatan sewajarnya. 

Beliau bercerita mengenai sesuatu peristiwa dan penglibatan langsung beliau ketika itu. 

Saya amat teruja setiap kali membaca kisah-kisah operasi yang pernah beliau lalui dan antara kisah yang amat mengagumkan bukan sahaja kepada beliau tetapi kisah keseluruhan pasukan yang mempertahankan kedaulatan Pulau Layang-Layang.  

Begitu juga dengan kisah sebenar yang berlaku di tragedi Operasi Gubir di Perak pada 26 April 1976  yang menyaksikan barisan wira-wira ini terkorban akibat serangan penganas komunis yang kini ada usaha dilakukan untuk menghalalkan perjuangan pengganas ini oleh sebilangan pihak yang mahukan sejarah dinilai semula hanya kerana kepentingan politik dari sesetengah kaum terbabit.  Macam sial!!!!

Dari laman blog ini, Mejar Nor Ibrahim bukan semata ingin  mengingatkan dan mengenangkan kembali kenangan beliau ketika bergelar perajurit tetapi saya melihat keazaman beliau untuk menceritkan dengan begitu bangga akan kisah perjuangan yang dilakukan oleh barisan perajurit tidak kira di  udara, darat dan lautan yang mungkin tidak pernah dikongsikan apatah lagi dijaja sekian ceruk dan masa. 

Laman blog ini cukup menarik. Anda akan bersemangat setiap kali naratif kisahnya menceritakan keberanian, tindakan pantas dan ketangkasan mereka. 

Anda pasti akan kagum setiap kali ada kisahnya berkisar akan kesungguhan dan pengorbanan mereka. 

Anda juga pasti akan sayu setiap kali mereka menceritakan kisah sahabat dan rakan perjuangan terkorban ketika berjuang. 

Saya mengikuti laman blog ini sejak tahun lalu dan saya mendapati kebelakangan ini kisahnya bertambah padat dengan nukilan dan kiriman pengalaman hidup dari mereka yang masih hidup.  

Ada teman-teman seperjuangannya menghantarkan bingkisan kenangan dan juga dari ahli keluarga yang telah ditinggalkan. 

Kisah ini adalah kisah benar dari mereka. Bukan kisah yang dibuat-buat semata-mata politik dan bukan pula menginginkan sanjungan yang berlebihan sekadar ingatan dan sedikit penghormatan. Sumbernya berdasarkan catatan operasi, jurnal peribadi, log penerbangan, keratan surat khabar ketika itu, koleksi gambar lama, buku kopi dan pelbagai lagi yang sangat menarik untuk dikongsikan. 


Baca dan hayati kisah mereka... anda pasti akan segera ingin 'meludah' kepada mereka yang 'berlagak' wira di luar sana menafikan sumbangan mereka kerana ada kepentingan dan ingin bergelar wira. Celaka !!!

Saya akan membuat beberapa sedutan atau petikan catatan beliau untuk permulaan kepada anda membaca seterusnya di laman web Tuan Mejar Nor Ibrahim ini... Salute Tuan!!!

No comments:

KOLEKSI CATATAN:

My Photo Collection @ Shutterstock