TAIP KATA KUNCI CARIAN ANDA DI SINI:

Thursday, August 30, 2012

Peristiwa : Merdeka !!! Merdeka !!!! Merdeka!!! Alhamdulillah ...

 

Esok, 31 Ogos 2012.. sebahagian lagi dari hari-hari dalam kalendar kita. Namun bagi rakyat Malaysia seperti aku, esok amat bermakna kerana esok adalah hari Kemerdekaan ke 55 tahun negara tercintaku.
 
Jika 55 tahun dahulu, datuk nenek moyang kita berusaha membebaskan negara ini dari sebarang kuasa penjajahan dan antaranya yang terakhir adalah dari Kerajaan Bristish.
 
 
Namun mutakhir ini, ada yang mengatakan kita bukan berjaya membebaskan negara dari penjajah tetapi berkomplot dengan penjajah kerana masih mengamalkan semua peninggalannya dan penjajahan mindanya.
 
Dengan tiket kebebasan bersuara, maka masing-masing mengutarakan pendapat dan ada yang memaksa orang lain menerima pendapat tersebut manakala pihak yang lain bingkas mempertahankanya.
 
 
Antara kita mula mengkelaskan dan menjenamakan pihak-pihak yang terlibat dengan taksiran terbaru dan menolak catatan sejarah yang sedia ada. Samada mereka benar-benar mengetahui, memahami dan meneliti apa jua sumbernya, maka masing-masing membangkitkan pendapat untuk untuk diterima pakai.
 
Maka masing-masing bercakaran pendapat dan ideologi politik dan tidak dapat pasti dimanakah tahap 'keikhlasan' dan 'kejujuran' mereka-mereka ini samada sekadar untuk berpolitk ataupun benar berjuang.
 
Bagi aku rakyat Malaysia yang biasa ini, amat bersyukur... bersyukur dan bersyukur kerana dilahirkan di MALAYSIA ... sebagai ISLAM.... berketurunan MELAYU dan menikmati semua kemakmuran di negara yang bertuah ini. Sentimen ini lebih terasa kerana ungkapan 'Tanah Tumpahnya Darahku' ... mengalir dan terus mengalir di dalam tubuh ini dan akan dipertahankan...
 
Mereka yang terdahulu amat berbangga tatkala kemerdekaan dicapai kerana mereka lebih mengerti perit dan jerih keringat yang mengalir bersama air mata dan darah ketika menuntutnya berbanding generasi kini.  

 
Setelah mencapai 50 tahun yang pertama, maka cabarannya adalah meneruskan 50 tahun dan seterusnya.
 
Selamat menyambut ulangtahun kemerdekaan... Bersyukurlah ...  Takkan nak diajak bersyukur pun akan dijawab ''aku bersyukur tetapi ......" 

No comments:

KOLEKSI CATATAN:

My Photo Collection @ Shutterstock