TAIP KATA KUNCI CARIAN ANDA DI SINI:

Saturday, August 11, 2012

Peristiwa : Iftar 3 Negara...

2 tahun tahun lepas ianya bermula, dan kini seperti menjadi tradisi 'muda' dan ringkas  kepada untuk menganjurkan majlis berbuka puasa bersama pekerja am kami. Uniknya tahun ini kami berkongsikan budaya antara 3 buah negara, Malaysia, Bangladesh dan ahli keluarga baru Indonesia.

Jika anda ingin mengetahui sedikit apa yang berlaku tahun lepas, mungkin catatan ini dapat membantu dan menerangkan kepada anda uniknya majlis berbuka puasa yang dikongsi bersama.

Klik Catatan INI untuk kisah majlis berbuka puasa tahun lepas.

Tahun lepas hanya budaya dua buah negara bergabung  menjadi satu tetapi tahun ini bertambah besar malah kalau di sebuah lagi lokasi kebun kami, ianya lebih unik di mana budaya dari Negara Nepal turut serta meraikan majlis berbuka puasa ini.

Seperti tahun lepas, kami menyediakan bahan-bahan mentah kepada mereka untuk menyediakan menu tradisional masing-masing.

Selepas Sembahyang Jumaat, mereka mula bertungkus lumus menyediakan juadah untuk berbuka puasa.


Hasilnya pekerja Indonesia menyediakan menu Jawa Indonesian iaitu Ubi Kola dan Ayam Opor manakala pekerja Bangladesh pula menyediakan Mori, Ayam kari ala Bangladeshi dan nasi beriani.


Manakala menu Malaysia pula hasil 'tunjuk menunjuk' di bazar Ramadan seperti Nasi Tomato Ayam Merah, kuih muih seperti popia berlada, burger Malaysia dan Cream Puft yang dibawakan istimewa kepada semua beserta buah limau dan epal.

Semuanya sungguh menyelerakan ditambah dengan campuran air pelbagai perisa.

Majlis bermula dengan laungan azan mendayu-dayu oleh salah seorang pekerja Bangladesh tatkala bermula waktu berbuka dengan jamuan mori, kuih muih dan buah-buahan. Terasa mengunyah menu ringkas berbuka ini sayu dengan laungan azan seperti berada di Bangladeshi, malah teringat pula azan mendayu yang dilaungkan oleh Uda di dalam Sumpah SI Merah Padi...


Menu ringkas ini sebagai permulaan sebelum kami menunaikan  sembahyang Maghrib berjemaah dan kali ini berimamkan salah seorang pekerja Indonesia yang begitu lantang dengan bacaan-bacaan ayat-ayat Al-Quran mengisi rukun sembahyang. Terasa seperti di Indonesia pula ketika ini.


Seusai solat Maghrib majlis jamuan menu utama bermula. Sabar berbaris mereka memilih antara menu yang disediakan dan keterujaan untuk mencuba menu berlainan jelas kelihatan. Pekerja Indonesia pantas memilih lauk Kari Ayam Bangladeshi dan nasi beriani manakala sebaliknya bagi pekerja Bangladeshi.   


Bagi kami pula ghairah untuk mencuba kesemua menu dari dua negara ini. Tetapi ada juga yang tak mahu berpisah dengan nasi tomato terutamanya jemputan wanita kerana mungkin sangsi dengan cara penyediaan makanan oleh pekerja-pekerja ini. Namun bagi tetamu lelaki, kami bantai semuanya..

Alhamdulillah , Majlis yang dilangsungkan ini berjalan lancar dan sangat bermakna. Lebih memeriahkan suasana dengan hiasan pelita minyak diesel yang disusun membentuk anjung pagar halaman dan lampu hiasan sebagai dekorasi ringkas untuk menaikkan seri majlis.

Insyaallah, jika ada kesempatan, tahun hadapan pula dirancang lebih hebat .... Terima kasih kepada pasukan 4 kakitangan yang bertungkus lumus menjayakan majlis ini. 

Untuk koleksi dibawah ini pula saya berkongsikan Majlis Berbuka Puasa 4 negara .. Malaysia , Indonesia, Bangladeshi dan juga Nepal namun menggunakan khdimat katering di sebuah lokasi kami yang lain.. menu rutin Malaysia...



Selamat berbuka puasa.. di mana-mana Umat Islam, kita adalah bersaudara...

No comments:

KOLEKSI CATATAN:

My Photo Collection @ Shutterstock