TAIP KATA KUNCI CARIAN ANDA DI SINI:

Thursday, August 9, 2012

Info Pengguna: Laman web Halal Jakim

logo halalDua pagi berturut-turut TV9 membawakan satu topik yang amat menarik dalam rancangan Tanyalah Ustaz semalam dan kelmarin iaitu sesuatu yang amat dekat dan penting kepada kita yang beragama Islam .. Makanan Halal...

Topik yang dikupas amat menarik dan soalan yang diajukan amat bernas dan sebenarnya menjawab beberapa ketidakpastian mengenai status halal di pasaran kita.

Antara Ustaz dari JAKIM meminta kita merujuk ke laman web halal Jakim jika perlukan maklumat dan boleh menghubungi mereka jika ada keraguan. www.halal.gov.my dengan Klik DI SINI.

Tengahari tadi, saya berkesempatan meninjau apa yang ditawarkan oleh laman web yang dimaksudkan. Jom klik laman ini... amat berguna.. saya 'copy and paste' sedikit maklumat dari laman web ini...

Hukum Syarak
Hukum Syarak bermakna undang-undang Islam dalam Mazhab Syafi’e atau undang-undang dalam mana suatu Mazhab Maliki, Hambali atau Hanafi yang telah bersetuju oleh Yang di-Pertuan Agong dikuatkuasakan dalam Wilayah Persekutuan atau oleh Raja bagi mana-mana negeri dikuatkuasakan dalam negeri itu.

Halal
Halal berasal daripada kalimah Arab yang bermaksud dibenarkan atau dibolehkan oleh Hukum Syarak.

Takrif Halal mengikut Perintah Perihal Dagangan (Penggunaan Perbahasaan “Halal”) 1975 adalah seperti berikut:

Apabila digunakan berhubung dengan makanan dalam apa-apa juga bentuk dalam perjalanan perdagangan atau perniagaan sebagai suatu perihal dagangan atau sebagai sebahagian daripada suatu perihal dagangan yang dipakai bagi makanan itu, perbahasaan-perbahasaan ‘Halal’, ‘Ditanggung Halal’ atau ‘Makanan Islam’ atau apa-apa perbahasaan lain yang menunjukkan atau mungkin difahamkan sebagai menunjukkan bahawa orang-orang Islam adalah dibenarkan oleh agama mereka memakan makanan itu maka perbahasaan itu hendaklah mempunyai erti yang berikut, iaitu makanan yang berhubung dengan perbahasaan atau perbahasaan-perbahasaan itu digunakan:
  • bukanlah terdiri daripada atau mengandungi apa-apa bahagian atau benda dari binatang yang orang Islam dilarang oleh Hukum Syarak memakannya atau yang tidak disembelih mengikut Hukum Syarak;
  • tidaklah mengandungi apa-apa benda yang dihukum sebagai najis mengikut Hukum Syarak;
  • tidak disedia, diproses atau dikilang dengan menggunakan apa-apa alat yang tidak bebas dari benda-benda najis mengikut Hukum Syarak; dan
  • tidaklah dalam masa menyedia, memproses atau menyimpannya itu bersentuhan atau berdekatan dengan apa-apa makanan yang tidak memenuhi kehendak-kehendak perenggan (a), (b) atau (c) atau apa-apa benda yang dihukum sebagai najis mengikut Hukum Syarak.

Sejarah Halal



Penglibatan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dalam memberi pengesahan status halal kepada produk makanan dan barangan gunaan Islam d negara ini bermula pada tahun 1974 apabila Pusat Penyelidikan, Bahagian Hal Ehwal Islam, Jabatan Perdana Menteri memberi surat pengesahan halal kepada produk-produk yang memenuhi kehendak syarak.

Bermula pada tahun 1994 pengesahan halal diberi dalam bentuk sijil pengesahan beserta logo halal dan mulai 30 September 1998 pemeriksaan halal dilaksanakan oleh Syarikat Ilham Daya iaitu sebuah syarikat yang dilantik oleh kerajaan.

Pada 1 September 2002, kerajaan telah memutuskan bahawa semua urusan pengesahan halal dilaksanakan sepenuhnya oleh JAKIM melalui Bahagian Kajian Makanan dan

Barangan Gunaan Islam yang mempunyai hanya 28 jawatan.

Dengan perkembangan pesat industri makanan di negara ini dan keperluan semasa umat Islam, maka pada 17 November 2005 Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia telah meluluskan sebanyak 165 perjawatan pelbagai skim dan gred dengan nama baru Bahagian Hub Halal.

Pada 2 April 2008, pengurusan pensijilan halal diambil alih oleh Halal Industry Development Corporation.

Direktori Halal (klik di sini untuk terus ke Direktori Halal laman web JAKIM)
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telah dipertanggungjawabkan sebagai badan pengawal piawaian Halal sejak Ogos 2009. Direktori halal merupakan himpunan maklumat syarikat pengeluaran produk makanan dan minuman, premis makanan, hotel, barangan gunaan dan rumah sembelihan yang memiliki sijil halal JAKIM.

Saya mencuba mencari beberapa barangan yang mengandungi logo halal seperti sardin dan juga roti ternyata berjaya ditemui pengesahanya di sini.


Malah jika anda melihat senarai nama hotelnya pula 183 dapur hotel dari ribuan di negara kita ini mempunyai sijil halal dan terdapat beberapa senarai hotel yang telah ditarik semula pensijilan halal mereka dan ada yang digantung sementara. Klik SINI.

Rasanya akan saya updatekan senarai hotel yang mempunyai sijil halal dari catatan saya yang terdahulu (klik sini)...

Selamat meninjau laman web halal ini ...

No comments:

KOLEKSI CATATAN:

My Photo Collection @ Shutterstock