TAIP KATA KUNCI CARIAN ANDA DI SINI:

Monday, July 2, 2012

Catatan Perjalanan: Jalan-jalan di Melaka .... Makam Hang Jebat dan Hang Kasturi

Berjalan ke Jonker Street di Jalan Hang Jebat pastinya akan menemui pelbagai kesan sejarah yang mengaikan dengan sejarah Melaka. Antaranya adalah bagaimana menziarahi Makam Pahlawan iaitu Hang Kasturi dan Hang Jebat yang terletak berdekatan antara satu sama lain.


Makam Hang Jebat.
Terletak di Kampung Pali ataupun Jalan Kampung Kuli, berdekatan Jalan Gelanggang di Bandar Melaka. Hang Jebat merupakan seorang wira terkenal semasa Kesultanan Melayu Melaka. Beliau merupakan salah seorang daripada empat sahabat rapat Hang Tuah.

Namun begitu, Hang Jebat akhirnya dibunuh oleh Hang Tuah dalam pergaduhan yang memakan masa 3 hari dan 3 malam.

Demi keadilan terhadap hukuman Sultan yang berat sebelah ke atas Hang Tuah, Hang Jebat dituduh sebagai seorang penderhaka kepada Sultan.

Hang Jebat yang dilantik menjadi Laksamana setelah Hang Tuah dititahkan dihukum bunuh oleh Sultan Mansur Shah yang dihasut oleh Pembesar Patih Karma Wijaya yang amat cemburukan keakraban Sultan kepada Hang Tuah. Fitnahnya mengatakan Hang Tuah telah mengadakan hubungan sulit dengan salah seorang dayang di istana.

Tanpa usul periksa, Sultan telah menitahkan Bendahara Paduka Raja untuk membunuh Hang Tuah. Hang Jebat merasa amat tidak senang dengan tindakan terburu-buru baginda dan mula menderhaka untuk menuntut bela ke atas Hang Jebat.

Hang Jebat popular dengan laungan " Raja Adil Raja Disembah, Raja Zalim Raja di Sanggah" mengamuk dan merampas Istana dengan kekuatan dan kesaktian keris Taming Sari yang dianugerahkan kepadanya.  

Perbalahan ini menimbulkan tanda tanya tentang moral Hang Jebat terhadap pihak berkuasa dan mengenai Hang Tuah yang menurut perintah Sultan walaupun kesalahan Hang Jebat ialah untuk membela nasib Hang Tuah.

Senibina makan dan nisanya lebih kepada senibina Acheh dimana batu nisannya dikatakan adalah sama bentuknya bagi pembesar-pembesar dan Kesultanan Kerajaan Acheh.


MAKAM HANG KASTURI

Hang Kasturi merupakan salah seorang pahlawan lima bersaudara yang terdiri daripada Hang Tuah, Hang Jebat, Hang Lekir dan Hang Lekiu.  Hang Kasturi menjadi anggota pasukan yang amat setia kepada Hang Tuah dibawah pemerintahan Sultan Mansur Syah pada tahun 1456-1477.

Dalam sejarah Melayu Melaka ada yang menyatakan Hang Kasturi lah sebenarnya yang telah menderhaka kepada sultan kerana menghukum bunuh Hang Tuah.

Reka bentuk Makam Hang Kasturi banyak dipengaruhi seni bina India, yang mana terdapat ruang-ruang untuk menempatkan pelita untuk menerangi makam tersebut.

Makamnya juga dalam bentuk bertingkat sederhana besar, tidak seperti makam-makan berukuran panjang yang dianggap keramat.

MAKAM HANG TUAH:

Hang Tuah merupakan seorang pahlawan Melaka di mana kisah keberaniannya terbukti apabila semasa remaja lagi dengan tanpa bantuan sesiapa, beliau telah dapat menangkap seorang lelaki yang mengamuk di Kampung Duyong.


Kehebatan ini sampai ke telinga Sultan dan Hang Tuah dipanggil ke istana untuk dijadikan pahlawan termuda berkhidmat dengan Melaka. Kebolehannya yang cemerlang membuatkan beliau bersama empat sahabatnya legenda dalam sejarah Melaka.
Walaupun terdapat beberapa hikayat bahawa Hang Tuah hilang begitu sahaja dan terdapat yang mengatakan Hang Tuah meninggal dunia di Perak.

Sejarah Melayu daripada tulisan Tun Seri Lanang, yang dianggap sahih dalam pengisahan Sejarah Melayu, mengatakan Hang Tuah meninggal dan dikebumikan di Tanjung Kling dengan penuh adat istiadat.

No comments:

KOLEKSI CATATAN:

My Photo Collection @ Shutterstock