TAIP KATA KUNCI CARIAN ANDA DI SINI:

Tuesday, April 10, 2012

Catatan Perjalanan: Queen Victoria Market

Sejak terjumpa semula external hardisk yang satu ini dan mood menulis juga mengenai catatan perjalanan, maka tidak dapat lari untuk saya ingin berkongsi mengenai kunjungan selama 6 hari ke Melbourne pada tahun 2010. 

Sekali lagi ingin dinyatakan bukan niat dihati untuk menunjuk-nunjuk konon dapat ke luar negeri tetapi lebih kepada berkongsi pengalaman semata. Mana tahu ada yang akan ke sana mungkin catatan ini membantu.

Hari pertama tiba di Melbourne, Victoria, Australia dapat merasai suasana musim winter yang kian ke penghujung dengan sejuknya terasa tetapi kira ok jugak sebab di Cameron Highlands lebih kurang sama sejuknya. 

Sementara menanti waktu check in, kami singgah dahulu ke Queen Victoria Market seperti yang dicadangkan oleh staff di car rental. Pelik juga kenapa suruh kami ke pasar seawal begini. Rupanya pasar ini memang menarik untuk anda membeli belah. 

Bukan seperti pasar di Malaysia, ia adalah gabungan pasar kering dan basah seperti buah-buahan sehingalah ke koleksi cenderahati, kraftangan tempatan, baju, barangan  antik malah saya katakan pasar ini sememangnya berpatutan. (Bagi saya yang pertama kali ke sini dan singkat, mungkin ada yang telah lama menetap di sana boleh menambah mana yang lebih ideal).

Kami cukup teruja berbelanja seolah-olah sudah mahu pulang ke Malaysia. Tapi sebenarnya berbaloi kerana sepanjang 5 hari seterusnya, kami tidak menemui pasar yang lebih murah dan banyak pilihan berbanding di sini.

Selebihnya koleksi gambar ini menceritakan yang sebahagianya . Kali ini saya edit dengan sentuhan lama sedikit untuk memberi kelainan. Boleh ? 
Anda boleh membeli pelbagai barangan antik dan lama di sini tetapi bagi pelancong seperti kami ini sekadar merakamkan didalam kamera kerana tidak mampu untuk dibawa pulang.  





Saya mengesyorkan anda ke sini untuk membeli cenderahati kepada keluarga cuma tukaran wang kita yang kecil berbanding dollar Australia dan perlu lebih berjimat dan sentiasa beringat kadar tukarannya wang. Contohnya baju kanak-kanak dengar $10 dollar macam sepuluh ringgit padahal RM 30 harganya. 

Selamat membeli belah .. tak akan rugi anda di sini...  

No comments:

KOLEKSI CATATAN:

My Photo Collection @ Shutterstock