TAIP KATA KUNCI CARIAN ANDA DI SINI:

Monday, April 9, 2012

Catatan Perjalanan: Lady of India

Antara yang anda akan kagumi di Negara India selain dari monumen bersejarah yang berabab usianya, koleksi budaya yang klasik dan pelbagai lagi recam kehidupan yang pastinya berbagai latar cerita adalah kisah berkenaan golongan wanitanya.
Mereka ini sebenarnya tulang belakang dan jika menerokai adat resam tradisi India anda pasti akan menafsirkan pelbagai reaksi. 

Mereka akan dikagumi dengan kegigihan, ketabahan dan kerajinan yang tiada terbatas dan saya juga bersetuju dengan mana-mana pihak jika ada mengatakan mereka sebenarnya masih ditindas, tidak dihargai, tidak mendapat pembelaan dan dipandang rendah oleh kaum lelaki hanya kerana amalan dan budaya mereka saban berabab dan berkurun mengenai wanita dan kedudukannya di dalam masyarakat mereka sendiri. Mereka diibaratkan sebagai "wira yang tidak didendang' oleh masyarakatnya sendiri.
Koleksi gambar saya ini sekadar berkongsi beberapa wajah wanita yang sempat saya rakamkan di Jalgaon iaitu 534 km jaraknya dari Mumbai jika melalui jalan darat dan 1 jam jika menaiki kapal terbang ketika melakukan lawatan kerja ke Negeri Maharasta dan sempat ke Daerah Jalgoan.

Gambarnya ditangkap dari jauh dan curi-curi tetapi mereka cukup mudah memberi reaksi tambahan lagi pelancong luar seperti saya. Di sebalik gharaih untuk menangkap gambar, perlu difikirkan keselamatan juga. Cuma gambarnya saya edit sebegini sekadar melainkan suasana.. . Klik gambar untuk paparan yang lebih besar.








Koleksi ke dua mengenai wanita dan kerjanya akan menyusul ... seperti gambar dibawah;


No comments:

KOLEKSI CATATAN:

My Photo Collection @ Shutterstock