TAIP KATA KUNCI CARIAN ANDA DI SINI:

Wednesday, February 22, 2012

Catatan Perjalanan: Masjid Raya Medan

Hari Ketiga : Masjid Raya


Selepas melawat Istana Maimun, sepelaung dari lamannya adalah terletaknya Masjid Raya yang suatu ketika dahulu merupakan sebahagian daripada kompleks Istana Maimun. Sedikit sejarah mengenai Masjid Raya yang sempat diambil dan diolah semula dari laman web supaya tepat infonya;
Masjid Raya Al-Mashun merupakan peninggalan Sultan Ma'moen Al Rasyid Perkasa Alam, penguasa ke 9 Kerajaan Melayu Deli yang berkuasa pada thaun 1873 hingga1924. Di bina pada tahun 1906 diatas tanah seluas 18,000 meter persegi, ianya dapat menampung seramai 1,500 jemaah dan mula digunakan untuk sembahyang Jumaat pada tanggal 10 September 1909 bersamaan 25 Syaaban 1329 H. 
Dengan gaya gabungan senibina Timur Tengah, India dan Eropah di abad 18 ianya kelihatan unik dengan gabungan  bersegi lapan dan mempunyai 4 serambi utama di setiap penjuru bagi memudahkan pergerakan masuk dan keluar jemaah. Dibahagian dalamnya pula mempunyai 8 tiang utama sehingga ke kubah masjid serta dilengkapi dengan 2 menara dibahaian kiri dan kanan belakang masjid. 
Olahan sumber : di SINI 
Kami sempat menunaikan solat Zohor dan Asar di sini. Melihat kepada keunikan dan lokasi yang sangat bersesuaian , masjid ini tidak putus-putus menerima kunjungan jemaah untuk beribadat. 


Saya juga sempat ditunjukan AL-QURAN yang bertulis tangan dan berusia puluhan tahun yang dipamekan di suatu sudut masjid ini. 


Selebihnya , gambar menceritakan lawatan kami ke Masjid Raya, Medan... 








  





  Tips: 

  • Ruang mengambil air sembahyang adalah terpisah dari bangunan utama masjid. terdapat selipar yang boleh anda gunakan. 
  • Kasut anda boleh dibawa masuk sehingga di serambi utama dan disimpan di situ. Saya mencadangkan anda menyerahkan kasut anda untuk dikilatkan oleh anak-anak muda di sana dengan bayaran sekitar INR 3000-5000 sahaja. Berikan lebih sebagai derma.   
  • Terdapat peminta sedekah di bahagian pintu gerbang utama dan terpulanglah kepada anda untuk menderma ataupun tidak tetapi pengalaman isteri saya, beliau diserbu oleh peminta sedekah yang lain bila memberikan sedekah kepada salah seorang daripada mereka. 
  • Jika anda ingin mengambil gambar, jaga adab anda di Masjid. Sebaik-baiknya mohon izin atau bertanya samada boleh mengambil gambar di kalangan jemaah tempatan. Saya juga bertanya kepada mereka dan mereka mengatakan ambilah dan kongskan bersama rakan-rakan di Malaysia. 
  • Jika anda sudah sampai ke sini, saya syorkan anda menuaikan solat samada solat wajib ataupun yang sunat. Ramai pelancong yang datang sekadar mengambil gambar di luar dan berlalu...  

No comments:

KOLEKSI CATATAN:

My Photo Collection @ Shutterstock