TAIP KATA KUNCI CARIAN ANDA DI SINI:

Tuesday, January 31, 2012

Tips Melawat Cameron Highland: Cabaran Gunung-gunung

Selalunya, bila aku bercerita atau teman-teman mengetahui aku menetap di Cameron Highlands, mereka selalu mengelarkan aku sebagai Orang Gunung. 


Kadang-kadang kalau tak sempat nak menyertai program mereka seperti reunion, kenduri kahwin atau minum teh ke, mereka akan mengatakan aku tengah bertapa di Gunung-ganang dan banang di sini.

Hakikatnya selepas hampir 5 tahun aku menetap di sini, tak pernah sekalipun aku mendaki gunung di sini kecuali berkereta ke Puncak Gunung Brinchang. (Update catatan 22 April 2012, saya telah mendaki Gunung Brinchang, Catatan mengenainya di SINI dan DISINI).


Manakala Gunung Irau pula pernah aku daki pada tahun 2000 iaitu menjelang tahun baru 2001 dan memang buat rekod mendaki sambil berlari kerana baru lepas keluar latihan perladangan selama 8 bulan dan rutin harianya adalah berlari 2.4 km setiap hari dalam masa kurang 7 minit. Terpaksa la katakan.

Berbalik pada kisah gunung-ganang di sini, sememangnya adalah syurga bagi mereka yang suka mendaki gunung. 

Pertamanya kerana mereka boleh mendaki beberapa gunung dalam tempoh 3 hari kerana trek pendakian yang singkat. Ok bayangkan, anda mendaki gunung di tempat lain di mana anda perlu bermula dari bawah sekitar ketinggian 200 meter dari paras laut untuk mencecah puncak gunung sekitar 1500 meter tingginya. 

Tetapi di Cameron Highlands, anda boleh mendaki dari permulaan ketinggian 2,000 meter untuk sampai ke baki puncaknya yang rata-rata sekitar 2,100-2,400 meter dari paras laut kerana Cameron Highlands sendiri sudah sekitar ketinggian ini. 

Kedua: Tidak penat ataupun cepat 'letih' kerana cuacanya yang sejuk sepanjang hari tetapi awas jika musim hujan kerana ianya amat menyeksakan...

Ketiga : Trek laluan yang seringkali digunakan memudahkan anda mendaki malah  jangan terperanjat jika anda akan keluar dekat dengan rumah orang, tokong dan pejabat kerajaan. Malah seperti catatan terdahulu mengenai Gunung Brinchang, anda boleh berkereta sehingga ke puncaknya. 

Kita tinjau sedikit mengenai gunung ganang di sini. 

Gunung Irau: 
Jika anda mendaki gunung ini, anda akan mencapai puncak tertinggi di Cameron Higlands iaitu 6923 kaki dari aras laut. Kedudukanya sejajar dengan rabung puncak Gunung Brinchang. Laluan treknya amat unit. Pengalaman peribadi saya sekitar penghujung tahun 2000, anda perlu melalui celahan hutan lumut ataupun Mossy Forest yang amat mengangumkan. Anda boleh menonton filem Puteri Gunung Ledang yang menggunakan sebahagian laluan berlumut ini sebagai 'Puncak Gunung Ledang'.

Kini laluan ini telah dinaiktaraf dengan laluan berkayu bagi menjaga keadaannya dan memberi peluang kepada orang lain untuk mengunjungi dengan lebih mudah. Anda boleh membaca catatan saya di SINI dan terbarunya pula di SINI

Terdapat dua kawasan perkhemahan disini iaitu di pintu masuk Mossy Forest dan satu lagi sebelum tiba ke Puncaknya. Manakala puncaknya agak kecil dan tidak mampu menampung ramai pendaki.

Gunung Berembun:
Letaknya hanyalah di kawasan Tanah Rata. Kalau anda ke Station Mardi Tanah Rata atau ke Hospital Sultanah Hajah Kalsom, anda akan boleh melihat puncak gunung ini disebelahnya.  Terdapat dua laluan ke Puncak gunung ini iaitu melalui Denai yang bermula di Kem Sungai Pauh atau anda gunakan laluan pintas melalui Stesen Mardi. Satu lagi pendakian anda boleh menggunakan laluan denai 9A melalui Robinson Fall tetapi amat mencabar. 

Saya belum mendaki gunung ini tetapi selalu juga menghantar atau menunjuk arah permulaan denai yang saya maksudkan kepada pendaki. Malah saya setiap hari berada di kaki gunung ini!!!  

Lupa pula saya mengenai ketinggian puncak iaitu 6817 kaki dari aras laut. Saya mati-mati ingat Gunung Brinchang gunung yang kedua tinggi. Bagus juga membuat catatan ini.

Gunung Brinchang: 
Setinggi 6664 kaki dari aras laut. Merupakan gunung yang ketiga tertinggi. Anda boleh baca catatan saya mengenai puncaknya di SINI. 

Gunung Sweetenham:
Setinggi 6434, saya perlu akui kurang pasti dimana arahnya. Biarpun saya dapat meneka puncaknya tapi rasanya elok bagi saya untuk lebih mengkaji mengenai puncak gunung ini sebelum meneruskan ceritanya... tunggu ... 

Gunung Jasar: 
Gunung Jasar ini juga terletak di Tanah Rata malah jika anda singgah di Bharat Tea Centre, anda akan dapat melihat puncaknya di bahagian atas penempatan orang asli dihujungnya. 

Trek pendakiannya melalui Oly Apartment dan sedikit mencabar dan sebahagian puncaknya dijadikan menara TNB. Saya belum mencuba mendaki ke sini tetapi Insyallah jika diizinkan.  Ketingggianya adalah 5565 kaki dari aras laut. 

Malah terdapat sebuah flat yang dinamakan sebagai Flat Jasar dan sebatang jalan juga dinamakan sebagai Jalan Jasar Valley. Anda boleh singgah sebentar di Perkampungan Orang Asli di sini. 

Gunung Perdah: 
Melalui Puncak Gunung Jasar, anda boleh melalui sebahagian rabungnya untuk ke Gunung Perdah setinggi 5173 kaki dari paras laut sebelum menuruni di Kampung Sungai Ruil. 

Teman-teman yang mengusahakan tour guide untuk pendakian selalu mengajak saya untuk naik ke puncaknya untuk melihat pemandangan matahari terbit yang dikatakan lebih strategik dan cantik di sini. 

Saya rasa sekadar ini catatan saya dan saya ingin sekali memanjangkan info yang amat menarik disulami dengan penceritaan yang lebih simple dan ringkas oleh Saudara Adiman di laman webnya berdasarkan pengalamanan beliau berserta rakan mendaki kesemua gunung ganang ini. 

Malah anda pasti terpukau dengan kecantikan gambar yang disertakan... 

Klik di SINI.


Gambar akan saya 'update' lagi nanti. Nak pinjam gambar orang segan la pulak .. 

* Kalau ada mana-mana kumpulan yang bercadang untuk mendaki dan membuka peluang kepada saya untuk menyertai anda, saya amat menantikan pelawaan anda. Maklumlah , orang sini bukan nak pandang sangat mendaki ini sebab dah lali. 

Bersendirian mendaki bukanlah sesuatu yang bijak dan menyeronokkan .... saya tunggu pelawaan anda... 

5 comments:

Anonymous said...

Salam tuan, saya Zul dari Johor Bahru. Saya sedang merancang untuk mendaki gunung berembun dalam kumpulan seramai 10 orang.Boleh tuan berikan sedikit info macammana prosesnya,guide utk mendaki,hostel/hotel/resort yang terdekat.Terima kasih atas maklumat tuan.boleh hantarkan ke hmzl78@yahoo.com.my

Mrkumai @ Jack said...

Salam,
Untuk mendaki Gunung Berembum ini terdapat tiga denai yang boleh dilalui iaitu denai 9A dari Robinson Fall (yang jarang disyorkan), Denai 4 kalau tak salah dari Mardi dan Denai 5 dari Pejabat Hutan.

Selalunya disyorkan melalui denai 5 pejabat hutan yang dikatakan landai.

Penginapan;
Jika berkhemah pastinya Kem Perkhemahan Sungai Pauh yang merupakan permulaan denai ke Gunung Berembun ni.

Kalau apartment, saya rasa sekitar Tanah Rata banyak juga ditawarkan tetapi jika mahu mudah di MARDI terdapat 3 jenis penginapan holiday apartment yang diusahakan oleh persatuan kakikatangan mardi. anda boleh parking dan naik ke gunung ini dan kembali semula.

Kalau anda mencari guide, saya syorkan anda hubungi Jabatan Hutan. Kalau tak silap saya ada dua tiga org renjer yang menyediakan secara peribadi khidmat ini diwaktu hari cuti mereka.

Tetapi biasanya trek ke berembun dan gunung2 di sini jelas kerana selalu di daki dan banyak tanda arah.

Saya dah emailkan kandungan ini kepada anda juga tadi.

Harap Membantu.


Unknown said...

TEBING TINGGI BACKPACKER(fb)
Mount Guider Service Licenced(TG6924)
Will Arrange:

-forestry permit
-police report
-nature guider
-emergency kit(basic)
-walkie talkie
-4x4 transport to trailhead

We base at Cameron Highland(Tanah Rata)

ANDY
017-9997790
whataps/sms/call

Unknown said...

Salam tuan..
Guide wajib ke jika hendak mendaki gunung berembun?

Unknown said...

Salam tuan..
Guide wajib ke jika hendak mendaki gunung berembun?

KOLEKSI CATATAN:

My Photo Collection @ Shutterstock