TAIP KATA KUNCI CARIAN ANDA DI SINI:

Wednesday, November 9, 2011

Sokong, terbabit seks songsang boleh jadi murtad - Mufti



PEKAN 9 Nov. – Mufti Pahang, Datuk Abdul Rahman Osman berkata, sebarang kegiatan seks songsang yang bertentangan dengan agama Islam terutama membabitkan hubungan sejenis boleh menjurus seseorang Muslim itu kepada murtad.

Beliau berkata, hubungan sejenis atau seks songsang amat ditegah dalam Islam kerana ia membawa kepada pupusnya manusia sejagat.

"Kegiatan bertentangan dengan agama membawa seseorang itu kepada murtad,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Abdul Rahman mengulas penganjuran Seksualiti Merdeka 2011 yang dikecam dan mendapat bantahan meluas pelbagai pihak termasuk wakil-wakil agama di dalam negara.

Beliau menasihatkan umat Islam menghindari perilaku seks songsang, malah, katanya menyokong program sedemikian pun dilarang sama sekali.

"Hubungan sejenis tidak dibenarkan Islam dan di Pahang ini tidak mahu adanya kumpulan lelaki yang menolak perempuan dan sebaliknya,” tambah beliau. – Bernama

No comments:

KOLEKSI CATATAN:

My Photo Collection @ Shutterstock