TAIP KATA KUNCI CARIAN ANDA DI SINI:

Tuesday, August 23, 2011

BERSATULAH MELAYU.... pesanan dari Lim Swee Tin


Membaca dan melayari blog yang lain, aku bertemu satu karya yang di cipta oleh Lim Swee Tin, salah seorang penyajak dan pengiat sastera yang aktif dalam sastera Melayu.

Melayu masa kini jelas dengan perpecahan hanya kerana fahaman dan falsafah politik. Melayu pada hari ini gagah dan tangkas , bukan beradu kekuatan menentang anasir musuh tetapi gagah dan tangkas menentang sesama sendiri.  Melayu pada hari  ini peka dan sedia , memperkecilkan sesama sendiri.  Melayu pada hari ini berani ke depan  bukan mempertahan hak dan keistimewaan tetapi untuk meleraikan perpaduan  demi kelangsungan kuasa dan impian. 

Melayu hari ini bukan sedikit jumlahnya tetapi ramai puaknya tanpa kata dan hati disimpul padu. Melayu pada hari ini melihat masa hadapan hanya pada jarak yang singkat demi kekayaan, kemewahan dan kekuasan singkat.

Sedarlah Melayu hari ini, sejarah mengajar bukan sehari tamdun didirikan tetapi hanya untuk dimusnahkan.. 

Selain kita menasihati bangsa sendiri, apa kata kita hayati sajak ringkas tetapi bermakna oleh seorang bangsa lain yang melihat kemusnahan perpaduan bangsa kita sebagai satu kerugian dan bakal menjadi malapetaka...


LIM SWEE TIN lahir di Bachok, Kelantan pada 26 September 1952 dan membesar di kalangan masyarakat Melayu. Dengan itu, tidak menghairankan jika beliau dan keluarganya amat fasih berbahasa Melayu. Dengan kefasihan bertutur dan menulis dalam bahasa Melayu mendorong beliau menulis dan mencipta karya terutama puisi dalam bahasa ini. Ternyata, usahanya berhasil sehingga beliau dikenali sebagai penulis bukan Melayu yang cukup menonjol dan mendapat tempat di akhbar dan majalah, malah sering pula memenangi hadiah-hadiah penulisan.

Lim Swee Tin sebenarnya berdarah campuran. Bapanya, Lim Swee Poh, suku Hokkien berasal dari Chou An, Fujien, China, manakala ibunya Khe Utt Eh Di berketurunan Thai yang sudah menetap sejak beberapa generasi di Bachok, Kelantan. Beliau mendapat pendidikan rendah di Sekolah Kebangsaan Tawang, Bachok, kemudian apabila keluarganya berpindah ke Machang, Kelantan, Lim Swee Tin belajar pula di Sekolah Kebangsaan Machang, sebelum ke Sekolah Menengah Kebangsaan, dan Sekolah Menengah Hamzah, Machang, Kelantan sehingga Tingkatan Lima. Beliau menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada tahun 1969, dengan mendapat Pangkat Satu. Lim Swee Tin kemudian mendapat tawaran melanjutkan pelajaran di Sekolah Menengah Sultan Abdul Halim, Jitra, Kedah. Walau bagaimanapun, disebabkan kesempitan kewangan, beliau memohon bertukar ke Sekolah Menengah Sultan Ismail Petra, Kota Bharu, Kelantan. Beliau hanya sempat beberapa bulan sahaja di sekolah ini kerana terpaksa berhenti disebabkan masalah yang sama. sambungan kliks di sini...


BERSATULAH MELAYU
Bersatulah Melayu
Kalau nampak ada retak
Kerana retak hujungnya belah
Bimbang belah membawa pecah
Melayu itu tak mampu berpecah
Bersatulah Melayu
Melayu itu cermin
Dalam jernihnya kita menilik
Kita menilik mencari wajah
Wajah Melayu wajah kita

Bersatulah Melayu
Melayu itu lampu
Terangi jalan luas terbentang
Siapa cuba kaburkan suluh
Kelak hilang arah dan tuju






Bersatulah Melayu
Melayu itu payung
Payung jangan carik
Carik payung
Manakan lagi tempat berlindung




Bersatulah Melayu
Melayu itu pohon
Akarnya mencengkam bumi
Bumi ini pautan kasih
Kasih Melayu segala kasih



Bersatulah Melayu
Cari dan rangkalah jalan damai
Damai membuka pintu pertemuan
Pertemuan kelak merintis padu 
Berpadulah Melayu, berpadu semua.

No comments:

KOLEKSI CATATAN:

My Photo Collection @ Shutterstock