TAIP KATA KUNCI CARIAN ANDA DI SINI:

Thursday, June 16, 2011

Tip Keselamatan – Keselamatan Kanak-Kanak Di Dalam Kereta

Tip Keselamatan – Keselamatan Kanak-Kanak Di Dalam Kereta


Mempunyai anak kecil sememangnya cukup menghiburkan. Telatah manja dan nakal mereka menyebabkan kita sering terhibur dan bilamana lama dipejabat ataupun tempat kerja hati pasti meronta-ronta mahu pulang untuk bersama mereka. 
Selalu jugak bilamana kita sudah pulang, mereka merengek-rengek mahu dibawa berjalan dan ini mungkin disebabkan sudah bosan di rumah. 
Aku sendiri biasanya akan membawa mereka menaiki kereta meronda kawasan berhampiran dan singgah di taman permainan ataupun kedai. Ketika didalam kereta mereka cukup bergembira, melompat-lompat dan mula berebut mahukan kerusi dihadapan. Yang adik bila terpaksa mengalah, mulalah mahu duduk di riba sambil aku pula memandu. 

Senario ini mungkin terjadi pada anda dan seringkali aku terpaksa atau membiarkan mereka ini melakukan semua yang di kehendaki. Tetapi terfikir juga aku apakah nasib mereka jika ada perkara yang tidak diingini berlaku. Mahu memanjakan anak atau mahu keselamatan mereka yang diutamakan. 

Tetapi biasanya ketegasan kita ditewaskan dengan keletah manja mereka. Merayu dan memujuk dengan suara dan  lentokan manja mencairkan diri kita .... namun kita sebenarnya tewas dan menanggung risiko yang amat tinggi sebenarnya...

Berikut adalah beberapa tip keselamatan yang boleh diamalkan untuk keselamatan anak-anak anda di dalam kenderaan:
  1. Tempat duduk kanak-kanak dan bayi adalah di tempat duduk belakang kereta. Elakkan daripada meletakkan mereka di tempat duduk hadapan kerana ianya amat merbahaya jika berlaku kemalangan.
  2. Sesetengah kereta mempunyai beg udara yang boleh mencederakan kanak-kanak atau orang dewasa yang kurang ketinggian normal apabila ia menggelembung.
  3. Kanak-kanak juga tidak boleh ditinggalkan sendirian di dalam kereta kerana ini boleh mengakibatkan mereka lemas berpunca daripada suhu dalam kereta yang boleh meningkat dengan mendadak. Ini juga amat penting kerana kanak-kanak yang ditinggalkan sendirian sering menjadi mangsa penculikan.
  4. Kanak-kanak biasanya akan menjadi tidak tenteram apabila memakai tali pinggang keledar. Mereka akan merengek atau meragam minta dilepaskan dari ikatan. Jangan sekali-kali mengalah dengan mereka kerana semuanya adalah untuk keselamatan mereka. Dan jangan sekali-kali meriba bayi atau kanak-kanak walaupun untuk perjalanan yang dekat.
  5. Kanak-kanak berusia 12 tahun ke atas boleh duduk di tempat duduk hadapan tetapi pastikan mereka memakai tali pinggang keledar dengan sempurna sekalipun untuk perjalanan yang dekat atau pun jauh.
  6. Tali pinggang keledar hendaklah dipakai seketat mungkin. Tali pinggang keledar hendaklah dipakai di paras pelvis bukannya di atas perut. Pastikan tali pinggang tempat duduk bayi berada di atas bahu mereka bukannya di leher dan jangan biarkan bayi mengeluarkan sebahagian bahu mereka dari tali pinggang keledar.
  7. Walaupun kanak-kanak berusia di antara empat hingga dua belas tahun tidak memerlukan tempat duduk khas, mereka mestilah sentiasa memakai tali pinggang keledar. Pastikan kereta anda mempunyai tali pinggang keledar di tempat duduk belakang kereta. Jika tidak, anda boleh memasangnya.
  8. Pastikan bayi atau kanak-kanak sentiasa dikunci dengan kemas dan selamat di dalam tempat duduk bayi atau kanak-kanak. Gunakan tempat duduk yang sesuai dengan usia dan saiz mereka. Tali pinggang keledar pula mestilah dikancing dengan kemas dan sempurna. Ini amat penting untuk menjamin keselamatan mereka.
Info : Smart Consumer

No comments:

KOLEKSI CATATAN:

My Photo Collection @ Shutterstock