TAIP KATA KUNCI CARIAN ANDA DI SINI:

Sunday, June 19, 2011

Tasik Bera

Dah bercerita mengenai Tasik Chini, tak elok pula kalau tak dikisahkan pula Tasik Bera iaitu tasik semulajdi terbesar di Malaysia. Terletak di dalam Daerah Bera, sekitar sejam 42 minit perjalanan atau 67.7 km dari Bandar Temerloh melalui jalan utama Triang dan memasuki Gugusan Bera sebelum menghala ke Jalan Bera -Melati. 


Melalui kawasan penempatan Felda seperti Triang 1,2,3 serta Felda Sebertak dan kemudian melalui Felda Plantation Bera 1,2,3, anda akan menemui Tapak Kajian Ramsar di pintu masuknya.

Jika melalui jalan Muadzam, anda akan memerlukan 1 jam 5 minit atau 66.3 km. Begitu juga jika anda dari Gemas , Negeri Sembilan, anda memerlukan 1 jam 44 minit atau perjalanan sejauh 78.4 km melalui Felda Pasir Besar, Gugusan Palong sebelum membelok ke kanan menghala Bandar Tun Razak dan mengambil pintasan Bera- Melati. Perjalanan anda boleh menjadi menarik dan membosankan jika diambil dari jarak perjalanan yang hanya akan bertemankan pokok-pokok kelapa sawit. Seronoknya, anda akan mengalami perbezaan ketenangan alam ekoran jauh dari bandar dan semakin menuju ke pendalaman.

Tasik Bera berkeluasan sekitar 31,200 ha  ataupun sekitar 25.3 km lebar dan 34.6 km panjang merupakan tasik air tawar  semulajadi yang terbesar di Malaysia. Kawasan tanah lembapnya sekitar 6,800 ha dan mempunyai zon penampan seluas 77,380 ha. Ia mengalir ke utara memasuki Sungai Bera dan bersambungan  dengan Sungai Pahang. Terdapat beberapa bahagian yang mengasingkan tasik ini iaitu kawasan tadahan, paya rasau , paya agambut air tawardan hutan tanah pamah.

Didiami pada awalnya oleh masyarakat kaum Orang Asli dari keturunan Semelai yang dikatakan sudah melebihi 600 tahun terdahulu menjadikan ianya khazanah yang amat berharga. Di anggarkan seramai 2000-4000 orang masyarakat Orang Asli masih menjadikan kawasan tasik ini sebagai penempatan mereka ketika ini.

Pelbagai penemuan flora dan fauna dan terdapat laporan biodivesiti menyatakan terdapat 374 spesis tumbuh-tumbuhan, lebih 94 jenis ikan, 67 spesis mamalia, 230 spesis burung, 22 spesis serangga dan 33 spesis pepatung mendiami kawasan tasik ini.

Bercerita pengalaman peribadi ke Tasik Bera, sebenarnya Tasik Bera sudah mula dikunjungi sekitar tahun 1980 an lagi tetapi melalui perjalanan tanah merah di Felda Sebertak  melalui Ladang Bera Selatan 1, 2 dan 4 dan bilamana jalan ini mula dibuka dan dinaik taraf di penghujung 1990an ianya mula dikunjungi oleh orang ramai terutama kaki pancing. Aku sebenarnya hanya memerlukan lebih kurang 45 minit perjalanan dari rumah aku untuk sampai ke sana tetapi mungkin kerana bukannya minat aku untuk memancing, maka tidaklah menjadi pilihan aku ketika itu untuk mengunjungi Tasik Bera di awal pembukaannya.

Di awal pembukaan Tasik Bera ianya hanya di boleh dikunjungi melalui penempatan orang Asli samada melalui Jeti Sudin di sebelah Tenggara atau Pos Iskandar di sebelah barat melalui jalan air, namun pembukaan Persona Lake Resort sekitar tahun 1995, membolehkan ianya dikunjungi terus ke tasik utama. 

Pada tahun 1994, Tasik Bera telah diistiharkan sebagai tapak tanah lembab berkepentingan antarabangsa atau Tapak Ramsar meliputi 31,200 hektar.  Terdapat pusat kajian dan latihan Ramsar yang dibina di jalan masuk utama Tasik Bera yang mana suatu ketika dahulu merupakan penempatan asli masyarakat Orang Asli yang masih mengamalkan cara hidup asal mereka. Aku sempat singgah pada tahun 1997 dan sekadar berborak kosong mengenai kehidupan mereka. Antara yang menjadi rungutan mereka ialah pembukaan ladang-ladang kelapa sawit yang dilakukan Felda tidak mendatang manfaat pekerjaan kepada mereka kerana masih belum betah dengan cara hidup berkerja sepenuh masa. Bagi mereka memburu adalah keutamaan dan kemahiran mereka. Malah ketika itu, biarpun dikatakan semakin berkurangan hasil buruan tetapi masih lagi mampu untuk keperluan harian.

Mengunjungi Tasik Bera adalah menjadi pilihan bagi kaki pancing. Kelah, toman ,sebarau dan pelbagai spesis ikan menjadi buruan dan hasil. Namun musim kemarau merupakan musim yang perlu diberi tumpuan kerana ikan biasanya berkumpul di lubuk dan mudah untuk menangkap umpan bernbanding musim hujan kerana ikan akan turun ke sungai.

Terdapat kemudahan penginapan yang disediakan berbentuk bilik dan chalet di Persona Lake Resort mlik Pasdec Coporation kalau tak silapserta tapak perkhemahan beserta restoran. Di bahagian tepi resort terdapat Kem PLKN yang baru didirikan dan terdapat rugutan ianya telah menjejaskan keaslian Tasik Bera. Tiba di sini , anda  boleh mendapatkan perkhidmatan bot untuk menjelajahi tasik dan juga mengunjungi kawasan lubuk ikan atau anda boleh meminta pemandu bot membawa anda ke penempatan orang asli berhampiran. Terdapat satu Muzium Jabatan Perhutanan di jalan masuk ke tapak kem.
Pada tahun 2008, semasa kunjungan terakhir aku di sana , aku mendapati kunjungan pengunjung ke tasik ini mulai kurang mungkin kerana jarak dan promosi yang berkurangan. Malah melalui kakitangan resort mereka mengatakan selalunya tiada penghuni ketika hari bekerja dan hanya mendapat kunjungan pada hujung minggu. Agak malang bagi pandangan aku kerana pada tahun 1997, ketika aku datang ke sini , Resort ini baru mahu memulakan operasi. Selepas ianya dibuka, terdapat pelbagai acara tahunan seperti Lagenda Tasik Bera- Chini, sambutan kemerdekaan dan pelbagai lagi dianjurkan tetapi ianya mulai suram.

Pada 1998, aku sempat menyertai satu acara Jejak Lagenda ke Tasik Bera ke Tasik Chini sejauh 120 km selamat 3 hari menggunakan kayak dan pastinya 5 jahitan di kepala akibat tertusuk pokok pandanus di celahan laluan sempit tasik ke sungai bukannya sesuatu pakej perjalanan yang anda atau saya inginkan. 

Bagi yang berminat , mungkin catatan ini membantu anda mengetahui apakah aktiviti yang boleh dilakukan di sini selain memancing 

TEMERLOH: Tasik Bera consists of seven flooded river valleys that collectively form a riverine lake system measuring 35km by 20km and covering an area of 6,150ha. It is the largest natural freshwater lake in Malaysia.
Tasik Bera is of importance not only because of its rich biodiversity but also from a scientific, recreational, educational and economic point of view. This alluvial peat swamp supports a biological community that is unique to Malaysia.
Almost 100 species of fresh­water fish, 200 species of birds and 68 species of mammals thrive here. Endangered and vulnerable species include the Asian elephant, tiger, clouded leopard, tapir, Asian arowana and the Malayan false gharial crocodile. The purple water trumpet orkeladi paya survives only in Tasik Bera.
Much to offer: Tasik Bera is of importance not only because of the rich biodiversity of its ecosystem, but also from a scientific, recreational, educational and economic point of view.
There are two distinct wet and dry seasons here with the wet months from April to May and September to January. The water level rises and falls with the seasons, fluctuating from a depth of 1m during the dry seasons, from February to April and June to August, to 7m during the monsoon season.
In 1994, Tasik Bera gained international recognition when it was declared Malaysia’s first Ramsar site.
The Ramsar Convention on Wetlands is an inter-governmental treaty for the conservation and sustainable use of wetlands and their resources.
Since then, many regulations have been established to protect Tasik Bera’s delicate ecosystem.
The lake’s core, comprising 32ha, was classified as a wildlife reserve, and nature-based tourism is encouraged here with the participation of the local Semelai orang asli community.
For the record, Malaysia has six Ramsar sites. The other five are Pulau Kukup, Tanjung Piai and Sungai Pulai in Johor, all established in 2003, Kuching Wetlands in Sarawak (2005) and the Lower Kinabatangan-Segama Wetlands in Sabah, which was designated recently on Oct 29.
Natural wonders: Guides demonstrating how damar (resin) is extracted from the keruing tree in the Tasik Bera area.
For over 600 years, the Semelai, an orang asli (aboriginal) group, have lived around Tasik Bera and relied on its natural resources.
Today, some 4,000 Semelai live in 14 villages scattered around the lake. Most of them work in nearby oil palm and rubber plantations.
With the assistance of non-governmental organisations, the Semelai established a community-based organisation called the Semelai Association for Boating and Tourism (Sabot), which arranges homestay, eco-adventure and cultural programmes for guests.
Persona Lake Resort offers a choice of chalets, deluxe rooms and dormitories. Besides basic facilities and a coffee house, kayak rides and guided jungle trekking activities are available at no extra charge for guests.
The Tasik Bera Ramsar Site management maintains a site office near the resort and conducts free briefing on the goings on at the lake.
For the Indiana Jones wannabes who plan to rough it out in the outdoors, Sabot maintains several jungle camps at various locations along the lake to spend the night.
Rustic: The Persona Lake Resort offers a choice of chalets, deluxe rooms and dormitories.
To get there, arrange with Persona Lake Resort (tel: 609-513 5566, fax: 609-513 0510) or Sabot (601-328 65367) which provide a pickup service in Temerloh.
Tasik Bera is very much a place off the beaten track and may not be everyone’s cup of tea.
For the eco-traveller who seeks the unique opportunity to see and experience natural environments and local customs, Tasik Bera is indeed an interesting destination. — Bernama
kredit sumber :

No comments:

KOLEKSI CATATAN:

My Photo Collection @ Shutterstock