TAIP KATA KUNCI CARIAN ANDA DI SINI:

Friday, June 17, 2011

Hak anda sebagai pengguna....ke mana mahu mengadu

Selepas anda mengetahui anda telah ditipu dalam urusniaga dan menjadi mangsa kepada perkhidmatan yang tidak seperti dijanjikan , anda mungkin terfikir ke mana arah tujuan anda untuk membuat aduan kepada semua ini. Pening dan bimbang tersalah tempat akan menjadi lebih buruk.

Sebenarnya terdapat pelbagai agensi kerajaan dan bukan kerajaan yang menawarkan menerima aduan anda untuk siasatan dan tindakan demi menjaga hak anda sebagai pengguna.

Mungkin salah satu agensi dan badan bukan kerajaan dibawah ini boleh membantu anda:


logo_aduan
E - Aduan Kementerian Perdagangan 
Dalam Negeri, 
Koperasi Dan Kepenggunaan 
(KPDNKK)
Sistem E-Aduan membolehkan
pengguna membuat
aduan kepada KPDNKK berkaitan
sebarang aktiviti perniagaan yang
tidak beretika.
logo_ttpm


Tribunal Tuntutan Pengguna 
Malaysia (TTPM)
Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia
menyediakan alternatif kepada
pengguna untuk memfailkan sebarang
gantirugi dan pampasan terhadap
peniaga secara online.


logo_bpa


Biro Pengaduan Awam (BPA)
Biro Pengaduan Awam (BPA) memberi
kemudahan kepada rakyat untuk
membuat aduan terhadap
agensi kerajaan.



logo_kpkt
Tribunal Tuntutan Pembeli Rumah (TTPR)
TTPR menyediakan alternatif untuk mendengar 
dan mengadili tuntutan pembeli yang menuntut
gantirugi dan pampasan daripada pemaju
perumahan dengan cara yang lebih mudah,
murah dan cepat.


logo_tthaKementerian Tenaga, Teknologi Hijau 
Dan Air (KTTHA)
Sekiranya anda ingin membuat sebarang
aduan, pertanyaan, cadangan yang
berkaitan perkhidmatantenaga, teknologi
hijau dan air, sila kemukakan maklumat-
maklumat yang diperlukan di laman ini.

logo_skmm
Suruhanjaya Komunikasi Dan 
Multimedia Malaysia (SKMM)
Pengguna boleh membuat aduan kepada
pihak Suruhanjaya tentang sebarang isu
berkaitan dengan sektor komunikasi dan
multimedia merangkumi telekomunikasi,
penyiaran, perkhidmatan internet,
perkhidmatan pos, kurier dan
pensijilan digital.

logo_km
Kementerian Kesihatan 
Malaysia (KKM)
Sistem aduan Kementerian Kesihatan
ini dibangunkan sebagai medium untuk
pengguna membuat aduan berkaitan
perkhidmatan yang disediakan oleh
Kementerian Kesihatan dan agensi
terbabit dibawahnya.
PERTUBUHAN BUKAN KERAJAAN (NGO)
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

logo_nccc
Pusat Khidmat Aduan Pengguna 
Nasional (NCCC)
Pusat aduan setempat bagi membantu
para pengguna menyelesaikan masalah
dan aduan . Ia turut bertindak
sebagai pengantara mempertemukan
pengguna dan peniaga untuk
menyelesaikan pertikaian.

logo_ppim
Persatuan Pengguna Islam 
Malaysia (PPIM)
Sistem aduan pengguna yang
dibangunkan oleh pihak PPIM untuk
memberikan saluran alternatif dalam
menerima aduan daripada golongan
pengguna di Malaysia.
AGENSI  LAIN
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

logo_suruhanjaya_sekuriti
Suruhanjaya Sekuriti Malaysia
Menerima aduan mengenai salah laku
dan kesalahan lain dalam sekuriti dan
pasaran niaga hadapan serta menilai
sama ada terdapat kesalahan di bawah
undang-undang sekuriti. Jika anda
mengesyaki terdapat salah laku dalam
industri dan boleh menyokong dakwaan
anda, sila kemukakan aduan kepada
Suruhanjaya Sekuriti Malaysia.

logo_fmbBiro Pengantaraan 
Kewangan (BPK) 
Biro Pengantaraan Kewangan (BPK)
adalah sebuah badan bebas
yang ditubuhkan bagi membantu
menyelesaikan pertikaian di antara
anda dengan penyedia perkhidmatan
kewangan anda di kalangan ahli-ahli
BPK.BPK menyediakan satu saluran
yang percuma, cepat, mudah dan cekap
untuk anda mengemukakan pertikaian
sebagai alternatif kepada penyelesaian
melalui mahkamah. Pertikaian
tersebut mungkin berkaitan
dengan perkhidmatan perbankan,
kewangan ataupun insurans dan takaful .


Sumber : Smart Consumer.. layari laman
web ini.. cukup membantu.

No comments:

KOLEKSI CATATAN:

My Photo Collection @ Shutterstock