TAIP KATA KUNCI CARIAN ANDA DI SINI:

Tuesday, December 9, 2014

De Bambo Steamboat & Grill @ Taman Sedia

Kalau nak mencari tempat makan di Cameron Highlands, memang agak sukar mencari yang istimewa atau kelainan terutamanya bagi kami penduduk tetap yang dah jemu dengan menu sedia ada. 


Namun kalau mencari steamboat yang diusahakan peniaga Melayu dan baharu dibuka, maka saya nak nak mencadangkan anda ke De Bambo Steamboat & Grill di Taman Sedia, Tanah Rata .


Istimewanya dan lain dari yang lain adalah ianya menyediakan set steamboat dan grill dua dalam satu.


Keduanya ianya berasaskan buffet steamboat dan grill di mana anda boleh memilih pilihan menu sendiri dan boleh diulang-ulang.

Harganya RM 22.90  setiap dewasa dan termasuk air dan ice-cream sebagai desert.


Lokasi kedai ini adalah di Taman Sedia dan mudah ditemui di jalan utama . Atau berhadapan dengan apartment percutian White Rose.

No comments:

KOLEKSI CATATAN:

My Photo Collection @ Shutterstock